
Kuala Lumpur, 3 Julai 2011 – Biro Tatanegara (BTN) sekali lagi telah menganjurkan Program Transformasi Penggerak (PTP) 1Malaysia siri ke 4 bermula daripada 1 Julai hingga 3 Julai 2011, bertempat di Akademi Kenegraan, Kuala Lumpur. Program ini telah dihadiri oleh Tenaga Penggerak BTN seluruh negara yang berjumlah seramai 140 orang. Penceramah yang dijemput juga adalah di kalangan mereka yang arif mengenai Gagasan 1Malaysia, samada dari aspek Ekonomi, Agama mahupun dari sudut Pendidikan.
Kuala Lumpur, 27 Mei 2011 - Biro Tatanegara (BTN), Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan Program Transformasi Tenaga Penggerak 1Malaysia Siri 3 pada 27 hingga 29 Mei 2011 bertempat di Akademi Kenegaraan, Kuala Lumpur. Seramai 118 Tenaga Pengerak BTN dari seluruh negara telah menghadiri program tersebut. Program Transformasi Tenaga Penggerak 1Malaysia Siri 3 ini dirasmikan oleh YB Datuk Haji Ahmad bin Haji Maslan, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Dalam ucapannya, beliau menjelaskan bahawa Y.A.B. Perdana Menteri membawa “Transformasi” kepada negara iaitu perubahan yang besar ke arah kebaikan manakala perkataan “change” adalah sekadar perubahan biasa.